JENGKA, 28 Mac 2025 – Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang (UiTMCPh) telah menganjurkan program “Khidmat Masyarakat Pengisian Borang Cukai Pendapatan Individu Tahun Taksiran 2024 (E-Filing)” pada 12 Mac 2025. Program ini merupakan kolaborasi antara Fakulti Perakaunan UiTMCPh bersama LHDN Cawangan Pahang.
Program ini diadakan di Lobi Bangunan Pentadbiran, UiTMCPh Kampus Jengka. Seramai 85 peserta telah menyertai program ini, dimana 70 adalah peserta dari UiTMCPh manakala 15 lagi terdiri daripada komuniti luar.
Fasilator untuk program ini terdiri daripada 15 orang pensyarah perakaunan dan 5 orang staf daripada LHDN. Dua daripada mereka merupakan alumni UiTM. Legasi dari LHDN diketuai oleh Encik Mohd Fairuz bin Fauzi.
“Tujuan utama program ini adalah untuk membantu peserta mengisi borang cukai pendapatan individu bagi tahun taksiran 2024 menggunakan e-filing,” kata pengarah program.
Selain itu, program yang berlangsung selama 9 jam ini juga bertujuan untuk memberi khidmat nasihat secara konsultansi bersemuka mengenai percukaian khususnya cukai pendapatan individu.
Melalui program ini, Fakulti Perakaunan, UiTMCPh telah memenuhi PI075 – Number of University Social Responsibility programmes (USR) dan PI080 Number of alumni expert service programme. Pada masa yang sama, program webinar ini menepati SDG4: Pendidikan Berkualiti.
Penulis Bersama: Noor Hasimah M.Yacob, Lily Mazlifa Mustafa, Junaidah Jamaluddin