JENGKA, 17 Februari 2025 – Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang (UiTMCPh) telah berjaya menganjurkan program “Industrial Sharing” bertajuk “Accounting View Toward Student’s ESI-iDART and Emotional Well-Being” pada 18 Januari 2025. Program ini dihadiri oleh 467 pelajar Diploma Perakaunan di Dewan Al-Biruni 1, UiTMCPh Kampus Jengka.
Program ini menampilkan Encik Syamsul Hidayat bin Ayob, Director of Financial Advisory dari Salihin International, sebagai penceramah jemputan. Beliau merupakan alumni UiTM dan pakar dalam bidang kewangan korporat.
“Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar tentang persekitaran industri, keperluan graduan, etika kerja, dan peluang kerjaya dalam bidang perakaunan,” kata wakil penganjur.
Selain itu, program ini turut menekankan kepentingan nilai ESI-iDART dan kesejahteraan emosi dalam kalangan pelajar.
Program yang berlangsung selama empat jam ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Koordinator Prasiswazah Fakulti Perakaunan UiTMCP, Puan Anis Barieyah binti Mat Bahari, diikuti sesi perkongsian oleh Encik Syamsul Hidayat dan sesi soal jawab.
Program diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah dan diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada jalinan industri antara UiTMCPh dan Salihin International.
Penulis bersama: Norlaily Asnawi Sulaiman, Syahida Md Zeni