“TECHSPEAK 3.0” UiTM Raub Tingkatkan Kesedaran Teknologi Dalam Kalangan Mahasiswa

RAUB, 20 Januari 2025 – MARA Youth Technology Computer Club (MYTECC) UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub berjaya menganjurkan program “TECHSPEAK 3.0” yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang teknologi maklumat dalam kalangan mahasiswa. Program yang berlangsung selama 65 hari, dari 15 November 2024 hingga 19 Januari 2025, disiarkan secara langsung di platform media sosial seperti Instagram, TikTok, dan YouTube.

Dengan tema yang selaras dengan SDG 9, program ini memberikan ruang kepada pelajar untuk memahami kemajuan teknologi dan impaknya. Setiap minggu, program ini menampilkan episod pada hari Jumaat, jam 9.00 malam, dengan tujuh pelajar berkongsi pengetahuan tentang inovasi dan teknologi.

“Program ini memberi impak besar kepada pelajar dalam mengasah kemahiran komunikasi dan perkongsian ilmu,” kata Pengerusi Program, Ahli Jawatankuasa Pelaksana MYTECC.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada penonton, tetapi juga melatih pelajar dalam penyampaian informasi dan mengasah keyakinan diri. Ia turut meningkatkan kesedaran tentang peranan teknologi dalam pendidikan dan kehidupan harian.

MYTECC berharap program seumpama ini dapat diteruskan untuk memberi impak positif kepada pelajar.

Penulis Bersama: Ts. Dr. Shaiful Bakhtiar Rodzman, Dr. Saffa Raihan Zainal Abidin, Khairunnisa Abd Kadir