Panduan Penghantaran Berita UiTM News Hub

Syarat-syarat penghantaran artikel berita ke UiTM News Hub

Sebelum:

  • Memastikan artikel berita adalah unik (tidak pernah dihantar sebelum dan tidak dihantar oleh orang yang berbeza)
  • Memastikan berita yang dihantar TIDAK melebihi dua (2) bulan daripada tarikh program.
  • Bilangan penulis yang ditetapkan bagi penulisan berita adalah seorang (1) sahaja.
  • Artikel berita boleh mempunyai seorang (1) penyunting yang memastikan isi kandungan telah disemak dan mematuhi syarat penulisan yang telah ditetapkan.
  • Gambar yang disertakan berkaitan dengan isi kandungan dan ELAKKAN daripada menghantar gambar di dalam bentuk swafoto (selfie)

Selepas

  • Memastikan isi kandungan artikel berita dan gambar yang telah diterbitkan adalah betul kerana telah melalui proses semakan dan penyuntingan daripada Bahagian Komunikasi Strategik, Pejabat Komunikasi Strategik, UiTM Shah Alam.

Makluman proses penerbitan artikel berita UiTM News Hub

  • Proses semakan dan suntingan akan mengambil masa 7 – 14 hari (waktu bekerja) bergantung kepada jumlah berita yang diterima.
  • Sekiranya terdapat masalah kepada artikel berita yang dihantar, penyunting akan menghubungi penulis melalui emel bagi tujuan pembetulan.
NOTA : Penghantaran artikel berita UiTM NewsHub hanya dibenarkan di dalam lingkungan intranet kampus UiTM iaitu dengan menggunakan Wifi UiTM SAHAJA