Pasukan FPA UiTM Menang Geran Program Mainstreaming Grassroots Innovations (MaGRIs) 2024

BANGI, 17 Disember 2024 – Pasukan penyelidik dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah memenangi Geran Program Mainstreaming Grassroots Innovations (MaGRIs) Tahun 2024 yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Projek bertajuk “Dynamic Cultivator Blade: Mata Bilah Dwifungsi bagi Aktiviti Merumput dan Menggembur Tanah untuk Penyediaan Plot Tanaman” yang diketuai oleh Dr. Nur Maizatul Idayu binti Othman telah berjaya menerima geran pembangunan bernilai RM50,000.00.

Penyampaian replika cek telah diadakan semasa Majlis Peluncuran Dasar Inovasi Sosial 2024 di Hotel Tenera, Bangi, Selangor dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Haji Mohammad Yusof Apdal. Pasukan ini terdiri daripada Dr. Nur Suraya Abdullah, Dr. Siti Nur Anisah Aani, Dr. Nur Badriyah Kamarulzaman, Mohd Zaharudin Sariman, Wan Azizi Wan Mat, Natasha Afzan Tamby Husin, Nurulhuda Abd Rahim, Nur ‘Amira Hamid, Salwa Adam, Juliana Karim dan Nurul Wahida Ramli.

Kemenangan ini bukan sahaja mengangkat nama UiTM dalam bidang penyelidikan dan inovasi pertanian, tetapi turut memberi impak positif terhadap pembangunan teknologi pertanian mampan di Malaysia.