SULAM UiTM Jasin bersama PPKI dan Tingkatan 4 SMK Sungai Rambai Melaka

Melaka, 09 Disember 2024Service Learning Malaysia University For Society (SULAM) ialah satu program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh pelajar yang mengikuti kod kursus AGR 696 (Post Harvest Handling Technology) dari program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Pengeluaran Tanaman Pintar AT228. Program ini adalah satu platform tanggungjawab Sosial Masyarakat serta kepimpinan melalui pemindahan ilmu pengetahuan bersama pelajar dan guru sekolah.

Satu program SULAM telah dianjurkan dengan kolaberasi daripada pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jasin di bawah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai. Matlamat utama dalam perlaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pemindahan ilmu kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Tingkatan 4 SMK Sungai Rambai, Melaka. Di samping itu, melalui program ini, tahap kepimpinan dan keyakinan pelajar dapat ditingkatkan. Selain itu, dapat juga menggalakkan penglibatan pelajar di dalam aktiviti tanggungjawab sosial universiti bersama pelajar sekolah yang terlibat.

Melalui program ini, para pelajar mendapat pendedahan tentang sektor pertanian secara lebih meluas daripada pihak universiti. Kandungan program ini juga, para pelajar telah didedahkan dengan pembuatan produk secara hands- on  dalam aktiviti pembuatan lilin dan sabun aromaterapi bersama pelajar AT228. Ini kali pertama bagi pelajar ijazah sarjana muda AT228 melakukan aktiviti khidmat masyarakat tanpa pelbagai kod khursus yang lain dalam menjayakan program ini. Program ini telah membuktikan kolaborasi pelajar bersama SMK Sungai Rambai memberi impak yang positif antara satu sama lain semasa program ini berlangsung.

Penulis: Noer Hartini Dolhaji

Penulis Bersama: Nur Afrina Ramli