23 Mei 2024 – Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan sesi Libat Urus Warga UCS Bersama YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS, sesi 1/2024.
YBrs. Prof. Rektor telah menyampaikan Aspirasi dan Way Forward UCS 2024 dan berharap ia dapat memberi nilai tambah kepada perancangan pembangunan warga UCS kearah pencapaian cemerlang. Inisiatif pemerkasaan perkhidmatan yang telah dilaksanakan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) sepanjang Januari-Mei 2024 turut dikongsi. Dalam ucapannya, YBrs. Prof. Rektor juga banyak memberikan semangat dan menggalakkan warga UCS agar terus memacu ke arah perkhidmatan berintegriti.
Majlis turut menyaksikan pelancaran buku ‘Makanan Rakyat Selangor’ yang disempurnakan oleh YBrs. Prof. Rektor. Buku ini akan dipersembahkan kepada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dalam satu upacara yang akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Terima kasih diucapkan kepada lebih 300 orang warga UCS di bawah pentadbiran dan pengurusan Pejabat Rektor yang telah menghadiri dan menjayakan Sesi Libat Urus Warga Bersama Rektor UCS ini.