UiTM – Nextgreen Integrasi Nilai dan Kelestarian Alam Dalam Mendokong SDG Menerusi iGREENDEV 2024

SHAH ALAM, 26 JUN 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama Nextgreen Global Sdn Bhd telah menganjurkan The International Conference on Green Sustainable Development (iGREENDEV 2024). Program yang berlangsung di Dewan Annex, UiTM Shah Alam telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Program yang mengangkat tema mengintegrasikan nilai dan inovasi global bagi mengharmonikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) turut menyaksikan majlis pelancaran Islamic Sustainable Development Goals (i-SDG) Center dan peluncuran buku Pemerkasaan Komuniti Hijau Lestari oleh Yang Amat Berhormat Menteri.

i-SDG Center ini dilihat penting sebagai langkah memperkasakan peranan Islam sebagai pemangkin kepada merealisasikan hasrat dan matlamat murni SDG. Pembangunan mampan yang berjalan seiring dengan nilai seharusnya memberi makna yang lebih mendalam kepada trasnformasi dan permodenan masyarakat. Justeru melalui penubuhan i-SDG Center, UiTM berhasrat lebih banyak peluang penyelidikan dan kajian ilmiah dapat dijalankan seiring dengan mempelawa lebih ramai rakan kolaborasi industri untuk mendokong nilai dalam SDG.

iGREENDEV turut menyaksikan pembentangan kertas penyelidikan dan kajian oleh peserta yang terlibat daripada peringkat antarabangsa. Selain daripada itu, sesi ucaptama telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr Mohd Afandi Mat Rani (Dekan ACIS); Yang Berbahagia Dato’ Mohd Yusof Din (Nextgreen Global Berhad) dan Yang Berusaha Puan Noor Amy Ismail (Menteri Besar Incorporated).

Seramai 500 orang peserta telah menghadiri iGREENDEV dengan kehadiran daripada rakan kolaborasi industri termasuk Nextgreen Global Berhad dan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). Selain daripada tumpuan kepada seminar yang berlangsung, iGREENDEV turut berjalan seiring dengan The International Conference on Innovation Market Sustainable Consumerism (CIMTRECS) dan The International Conference on Future Islamic Education Nexus (FIEN) di bawah ACIS Industrial Summit (AIS 2024).