2 emas 2 perak 3 gangsa di hari pertama Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2023

NILAI, 16 Ogos 2023 – Pasukan memanah UiTM telah memberi saingan yang hebat di Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2023 yang bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Nilai, Seremban, Negeri Sembilan. En Mukhriz Mohamed bertindak sebagai Pengurus pasukan UiTM, manakala alumni UiTM yang juga jurulatih kebangsaan Marbawi Sulaiman yang dibantu oleh Muhammad Aman Mohammad Zahir bertindak sebagai jurulatih.

UiTM mendominasi acara ‘Qualification Round’ kategori Compound Lelaki dan Wanita apabila Muhammad Daniel Haqiemi Sohebi, Abdul Faathir Aqil Rafizam dan Arif Aiman Azian menyumbangkan pingat emas, perak dan gangsa. Manakala Nurul Syaz-Amal Eisya Mohd Asmi dan Umairah Batrisyia Hayat Al-Mazli masing-masing menyumbangkan pingat emas dan gangsa.

Bagi acara ‘Qualification Round’ kategori Recurve Lelaki dan Wanita pula menyaksikan Muhammad Farhan Hakim A Rhyme memenangi pingat perak dibelakang pemanah dari UPM yang menduduki tangga ke 133 dunia, Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli dan Muhammad Khairul Nazim Mohd Yunus, memenangi pingat gangsa. Pemanah recurve wanita terpaksa berpuas hati dikedudukan ke 4, ke 5, ke 12 dan ke 13.

Kejohanan akan diteruskan bagi acara pusingan olimpik individu dan berpasukan, dan akan dijangka berakhir pada hari ahad nanti.