Zoo Care: A Day of Community Service for Wildlife Conservation

HULU KELANG, 16 Disember 2023 – Program “Zoo Care: A Day of Community Service for Wildlife Conservation” ini merupakan satu inisiatif komuniti yang telah dianjurkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pembinaan (CFAP246) dengan kerjasama pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) (CEEC220) dan pelajar mod separuh masa dari Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS) yang mengikuti kursus ‘Pengurusan Operasi dalam Pembinaan’ dari Kolej Pengajian Alam Bina.

Program komuniti ini bertujuan untuk memupuk sikap tanggungjawab sosial terhadap komuniti dan alam sekitar yang melangkaui silibus pembelajaran di dalam bilik kuliah. Program ini telah diadakan di Zoo Negara Malaysia melibatkan seramai 115 orang pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Empat pensyarah (Puan Siti Suhaidah, Cik Huda, Dr Iffah dan Dr Shaza) dari Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) telah membantu membentuk dan menyokong pembangunan 14 portfolio utama yang terdiri dari kalangan pelajar bagi memastikan kelancaran program berada pada tahap optimum.

Program yang berlangsung pada 16 Disember 2023 ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir sekitar 4.00 petang. Sebanyak 3 buah bas dari Unit Kenderaan UiTM Shah Alam telah digunakan sebagai pengangkutan utama pelajar dan barang-barang keperluan. Beberapa aktiviti yang dilakukan sepanjang program termasuk menyapu sampah, membersihkan kandang haiwan, membersihkan kawasan-kawasan berkaitan, memberi makan kepada haiwan, dan pelbagai lagi sumbangan berbentuk aktiviti kepada komuniti. Semoga program seperti ini dapat terus meningkatkan sikap tanggunjawab sosial pelajar terhadap komuniti luar dalam memberikan pelbagai jenis sumbangan lain lagi.