Kem Inspirasi Jati Diri UiTM Cawangan Johor Anjuran ZAWAF UiTM

29 NOVEMBER 2023, HULU LANGAT. Program Kem Inspirasi Jati Diri UiTM Cawangan Johor merupakan salah satu program penutup tirai 2023 bermula 29 November hingga 2 Disember 2023 anjuran bersama Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM. Program ini melibatkan pelajar asnaf dari UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dan Pasir Gudang yang telah diadakan di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor.

Antara objektif program bagi merialisasikan Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf yang bertanggungjawab dalam mengendali program menekankan pembinaan karakter, keterampilan, pendidikan, dan dukungan sosial untuk pelajar asnaf UiTM Cawangan Johor.

Program ini juga merupakan antara usaha yang dilaksanakan oleh Unit Zakat Sedekah dan Wakaf bagi merealisasikan hasrat untuk membangunkan jiwa dan kecemerlangan pelajar asnaf UiTM Cawangan Johor disamping membantu pelajar untuk bersikap produktif, kreatif dan inovatif.

Antara pengisian menarik luar dewan program Jungle Tracking dan memanah. Malah para peserta sangat teruja dalam masa satu jam setengah turun naik bukit disusuri berjalan di dalam air akhirnya bertemu air terjun menjadikan para pelajar tidak mahu pulang ke kem. Pengisian ceramah kepimpinan, motivasi dan jati diri juga diisi oleh penceramah jemputan Dr. Nurul Badriyah Ali, Ustaz Mohamad Zaki Razaly dan Puan Rajwani Ismail. Manakala pengisian rohani diisi dengan solat jamaah, bacaan yasin pada malam Jumaat dan tazkirah serta beberapa pengisian jati diri dan kepimpinan yang dipimpin fasilitator.

Perasmian penutup telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YBhg. Dr. Basaruddin Shah Basri, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Johor dan disusuli dengan Majlis Penyerahan Mock Cheque oleh pihak Etiqa Family Takaful Berhad (ETIQA) dan turut dihadiri Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) Encik Mohd Izwan Bin Ruslan.

Semoga program ini memberikan manfaat kepada para peserta dan pengalaman kepada urusetia yang menjayakan program.