Ziarah Kasih Fakulti Perakaunan dan MPP UiTM Cawangan Pahang

RAWANG, 25 April 2022 – Ziarah Kasih Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang telah diadakan ke rumah pelajar Muhammad Asyraf Arafar Bin Azmi, pelajar Diploma Perakaunan, Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang. Rombongan diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian Perakaunan, Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad dan disertai oleh Puan Norlaila Binti Mohd Din, Haji Azizi @ Hamizi Bin Hashim, Wan Izzul Hakim Bin Wan Jamal Abdul Nasir (YDP MPP) dan Nurul Amni Binti Zulkefli (Wakil PERSIDA)

Program ziarah kasih ini bukan sekadar lawatan bagi menyampaikan sumbangan Hari Raya tetapi juga untuk bertanya khabar tentang situasi terkini pelajar ini. Bapa kepada pelajar ini telah meninggal dunia dan selepas itu ibunya pula diserang angin ahmar sebanyak dua kali dan terpaksa melakukan pembedahan kaki akibat terjatuh.

Pelajar ini tinggal dan menjaga ibunya berseorangan kerana adik-beradik beliau sudah berkahwin dan bekerja diluar negeri Selangor. Untuk makluman, lawatan ini sepatutnya diadakan pada tahun lepas, tetapi terpaksa ditunda sehingga tahun ini. Dalam lawatan ini pelajar juga diberi bantuan komputer untuk kegunaan mengikuti sesi pembelajaran dan menamatkan pengajiannya dalam masa yang terdekat.

Melalui program ini, Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang turut memenuhi memenuhi PI077 – Total amount received (from external) for Social Responsibility programmes (USR) and Knowledge Transfer Programmes (KTP) programmes, PI078 – Total amount spent (from own funds) for USR and KTP. Selain daripada itu program ini juga telah menepati Matlamat Pembangunan Lestari yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-4, iaitu SDG 1 – Tiada Kemiskinan, SDG 3 – Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, dan SDG 4 – Pendidikan Berkualiti

Jawatankuasa Pelaksanaan Program yang diketuai oleh Puan Sabariah Jamaluddin juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang dan penderma-penderma diatas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.