World Radiography Day 2021 Featuring Alumni Return

World Radiography Day (WRD) 2021 Featuring Alumni Return telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA) 2021, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam dengan matlamat untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa berkaitan dengan pekerjaan dalam bidang Pengimejan Perubatan dan peluang pekerjaan lain serta pendedahan kepada mahasiswa baharu tentang realiti dan cabaran pembelajaran sewaktu pandemik . Bukan itu sahaja, program ini juga menjalankan aktiviti seperti pertandingan poster dan kuiz pada 2 November sehingga 19 November yang bermatlamat untuk menguji daya pengetahuan mahasiswa tentang x-ray dan radiologi dan mencungkil bakat dalam mereka poster informasi berkaitan radiologi.

Program ini telah   berlangsung pada 20 November 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di platform atas talian Cisco Webex. Program ini telah disertai oleh 220 orang mahasiswa dari program pengimejan perubatan UiTM termasuk mahasiwa pengimejan perubatan dari UniKL RCMP, UKM dan UniSZA serta seramai 58 orang mahasiswa pengimejan perubatan telah terlibat sebagai jawatankuasa program ini. Kehadiran saudara Adli Hilmi Bin Ahmad Halili dari UKM, saudari Ameeshah Farahin Binti Mohd Faisal dari UniKL RCMP, saudari Nur Hanisah Binti Mohamad Hadi dari UniSZA dan saudari Nur Syahira Nabilah Binti Nor Azman dari Uitm selaku para panel jemputan untuk sesi forum pagi iaitu E-learning and Clinical Challenges During Pandemic. Selain itu, kehadiran para alumni, Encik Nazarul Bin Azman, Dr Mohd Nazmi Bin Che Nordin dan Encik Wan Mohd Fuad Bin Wan Mohd Ridzwan selaku panel jemputan untuk forum sesi petang yang telah menjayakan kelangsungan program ini.

Forum E-learning and Clinical Challenges During Pandemic pada sebelah pagi dimulakan dengan sesi bacaan doa, ucapan oleh Pengarah Program, saudara Zul Iman Haikal Bin Zikeri dan diteruskan dengan sesi perkongsian daripada empat wakil mahasiswa dari universiti UKM, UniKL RCMP, UniSZA dan UiTM. Forum ini telah menarik perhatian para mahasiswa dengan perkongsian pengalaman dari wakil student UKM, UniKL RCMP, UniSZA dan UiTM semasa menjalankan latihan klinikal pada era pandemik ini serta cara menguruskan dan mengatasi masalah semasa melakukan pembelajaran secara atas talian. Forum ini diteruskan dengan sesi soal jawab bersama keempat-empat panel jemputan. Setengah jam sebelum forum tamat mengadakan pengumuman para pemenang pertandingan kuiz dan berehat untuk forum sesi petang.

Program ini diteruskan dengan forum Alumni Return: Where Do We Begin pada sebelah petang iaitu jam 2.00 petang. Forum dimulakan dengan sesi perkongsian pengalaman belajar dan bekerja dari ketiga-tiga para alumni. Sebelum program tamat, pengumuman para pemenang pertandingan poster diadakan dan tayangan video ucapan perasmian penutup majlis World Radiography Day 2021 Featuring Alumni Return telah disempurnakan oleh Ketua Pusat Pengajian , Puan Ann Erynna Lema Thomas Sudin. Akhir sekali, majlis ditutup dengan bacaan doa dan sesi fotografi bersama semua peserta.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan degan jayanya dan mencapai objektif yang telah dirancang. Selain itu, program ini dapat menjalinkan hubungan baik bersama para alumni dan mahasiswa dari universiti lain. Diharapkan program ini dapat diteruskan dan sedikit sebanyak membantu mahasiswa bersedia mental dan fizikal bagi menempuhi alam pekerjaan yang mencabar dengan perancangan yang lebih teliti serta memberikan  pengetahuan yang luas tentang realiti dan cabaran menghadapi zaman pendemik tidak kira sewaktu belajar juga klinikal.