Webinar Pesona Alumni program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) secara hibrid di UiTM Cawangan Pulau Pinang. “Realisasi Mimpi Bermula Di PPT”.

15 April 2022-Jumaat, Pejabat Pengarah program PPT telah menganjurkan satu sesi webinar bersama salah seorang alumni iatu Saudara Nazreen Razak, Penolong Pendaftar Unit Integriti daripada Universiti Malaya menerusi platform Webex. Bertemakan “Realisasi Mimpi Bermula Di PPT”, webinar ini telah berjaya mengumpulkan hampir semua pelajar pra diploma dari seluruh kampus UiTM dan telah berjalan dengan lancarnya bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengahari. Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr Leylawati Joremi, Felo Promosi & Alumni PPT merangkap moderator webinar atas inisiatif yang amat memberikan inspirasi kepada para pelajar semasa.

Di UiTM Cawangan Pulau Pinang, webinar ini telah diadakan secara hibrid yang mana semua pelajar pra diploma berkumpul secara bersemuka di Smart Class Room dan Bilik Perdana 1 bagi mengikuti program ini. Webinar ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Pengarah PPT, Prof Madya Ts. Dr. Aini Jaapar yang turut hadir secara bersemuka di Smart Class Room, UiTM Cawangan Pulau Pinang dan diikuti dengan sesi perkongsian oleh saudara Nazreen.

Ternyata para pelajar sangat teruja dan bersemangat mendengar sesi perkongsian dan sempat juga mengajukan beberapa soalan kepada tetamu jemputan. Sesi di Smart Class Room turut dihadiri oleh Moderator, Pengarah PPT dan Ketua Unit Akademik PPT, Dr Amalina Dewi Ani dan Pn Suhaiza Hasan selaku Koordinator PPT UiTM Cawangan Pulau Pinang. Banyak yang dikongsikan, semoga memberi aspirasi dan inspirasi kepada pelajar PPT sekalian.