Webinar Kemerdekaan: Merdeka@Muzium 2021

Pada 5, 12, 19 dan 26 Ogos 2021 – Muzium Diraja Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA dan Pusat Pengajian CITRA Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Webinar Kemerdekaan Merdeka@Muzium secara dalam talian melalui medium Zoom Meetings dan Facebook Live Muzium Diraja Kuala Lumpur. Webinar bermula pada jam 8.15 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebanyak 4 tema berbeza bagi 4 hari, telah mewakili beberapa pembentang daripada pelbagai bidang berbeza pada hari berkenaan.

Webinar Kemerdekaan ini merupakan satu kerjasama Muzium Diraja dengan pihak universiti dalam memberikan pendedahan menerusi pembentangan kertas kerja. Kertas kerja yang dibentangkan  merangkumi topik seperti leluhur bahasa, kenegaraan, perpaduan rakyat dan dirgahayu institusi beraja dalam sistem Raja Berperlembagaan kepada masyarakat. Di samping itu, webinar ini merupakan inisiatif Muzium Diraja sebagai platform kepada ahli akademik dan cendekiawan dari pelbagai bidang dan latar belakang membentangkan dapatan dan buah fikiran mereka.

Tema 1 bertajuk Bahasa Jiwa Bangsa telah disampaikan oleh panel iaitu Dr.Rozaimah Rashidin dari Akademi Pengajian Bahasa UiTM dan Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Pengarah ATMA. Moderator bagi Tema 1 ialah Profesor Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam, Fakulti Undang-Undang (UKM).

Tema 2 bertajuk Rukun Negara Asas Penyatuan Masyarakat telah disampaikan oleh panel iaitu Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah KITA dan Prof. Dato’ Dr Nasrudin Mohammed, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Moderator bagi Tema 2 ialah Prof.  Madya Dr Chang Peng Kee, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan UKM.

Tema 3 bertajuk Prihatin Rakyat Kemakmuran Bersama telah disampaikan oleh panel iaitu Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr.  Ibrahim Abu Shah, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM dan Prof.  Emeritus Dato’ Dr. Teo Kok Seong,  Felo Utama KITA,  UKM. Moderator bagi Tema 3 ialah Encik Mujibu Abd Muis dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Seremban.

Tema 4 bertajuk Raja Tonggak Perpaduan telah disampaikan oleh panel iaitu Encik Meer Zhar Farouk bin Amir Razli, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM dan Prof.  Madya Dr.  Nazri Muslin,Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Citra,UKM. Moderator bagi Tema 4 ialah Prof.  Datuk Dr.  Shamrahayu Ab Aziz dari Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM.

Webinar kemerdekaan berakhir pada jam 12 tengah hari dengan sesi bergambar .