Projek Komuniti O-Some Jack ‘N Jill Cream-O Dan UiTM

Pelajar UiTM Merancang Projek Komuniti O-some JACK ‘n JILL Cream-O

Seperti yang telah dimaklumkan, JACK ‘n JILL Cream-O telah bergabung tenaga dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk melaksanakan satu program jangkauan masyarakat yang mengujakan, iaitu ‘Projek Komuniti O-some’. Seramai 40 pelajar dari Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur telah membentangkan 6 idea untuk projek ini melalui satu e-sesi.

Hasil daripada sesi pembentangan ini, idea projek komuniti yang bertujuan untuk membantu orang kelainan upaya (OKU) penglihatan telah terpilih sebagai projek akhir. Projek akhir ini akan dijalankan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Permata di Brickfields.