Perubahan dalam teknologi geospatial menuntut penambaikan kepada kurikulum bidang sediada selari dengan keperluan era kemodenan dan Sustainable Development Goals (SDG). Perkara ini telah disuarakan oleh Profesor Dr Hasanuddin Zainal Abidin dalam Siri Webinar anjuran Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik (PPSUG), Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM pada 24 November 2020. Tajuk webinar ini adalah “Peranan Data dan Maklumat Geospatial Dalam Merealisasikan SDG di Indonesia”. Objektif webinar ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada umum berkenaan perkembangan teknologi geospatial khasnya dalam merealisasikan SDG di Indonesia.
Prof Hasanuddin yang merupakan pensyarah Institut Teknologi Bandung (ITB) ini telah memetik kenyataan daripada Jack Dangermond (CEO ESRI – 2020), iaitu ”Geospatial is the Science of Where” kerana geospatial tanpa lokasi bukanlah satu data yang lengkap. Selama ini pengamal dalam bidang geomatik atau geodesi banyak bergelut dengan kerja-kerja pengukuran, visualisasi dan pemetaan. Namun demikian, paradigm hari ini memerlukan kita pergi lebih jauh dengan mengambilkira analisis spatial (spatial analysis), pemodelan spatial (spatial modelling), perancangan spatial (spatial planning) dan reka bentuk spatial (spatial design).
“Kita tidak boleh merasa gembira dan berhenti setakat pengeluaran peta sahaja. Sebaliknya, kita perlu pergi ke proses analisis, perancangan (planning), perancangan dan rekabentuk (planing and design), membuat keputusan (decision making) dan tentu sekali tindakan. Geospatial dan data harus mendukung semua proses pembangunan negara di pelbagai bidang. Trend terbaru ialah menyatupadukan geospatial data dengan informasi dari data lain seperti gabungan data statistik termasuk sosio-ekonomi, demografi, persekitaran, kewangan dan data-data lain” Kata beliau.
Secara umumnya, bidang geomatik dan geospatial merangkumi tiga bidang pengetahuan yang utama iaitu geomatik , geodesi, dan geografi. Kehadiran teknologi digital dan revolusi industri 4.0 (IR4.0) telah menuntut kepada ilmu dalam bidang informatik dan data sains. Kedua-duanya telah menjadi akrab bersama dengan bidang pengetahuan tradisonal geomatik, geografi dan geodesi. Oleh kerana bidang ini berkaitan dengan bumi maka sains bumi dan perancangan spatial juga menjadi penting. Ini adalah sebahagian sahaja dari ilmu-ilmu yang berkaitan sebagai contoh. Prof Hasanuddin amat mengimpikan kewujudan fakulti geospatial, sains dan teknologi dengan jabatan-jabatan dalam bidang-bidang ini menjadi tonggak bidang pengajiannya. Namun pada masa kini, impian itu masih satu mimpi.
Geospatial adalah aktiviti yang berhubungkait dengan aktiviti penentukedudukan, ilmu ukur dan pemetaan, navigasi, penjejakan dan pengawasan menggunakan teknologi satelit, pengimejan dan imbasan mengunakan teknologi laser, LiDAR, dron dan satelit, rekabentuk dan perancangan spatial, analisis spatial, pemodelan dan observasi bumi.
Menurut beliau, kehadiran teknologi IR4.0 telah menjadikan peta bukan lagi dalam bentuk kertas sebaliknya lebih kepada bentuk data seperti dalam gajet atau aplikasi dan juga objek pintar dengan banyaknya Internet of Things (IOT) dan sebagainya. Visualisasi sudah tidak lagi memadai sebaliknya analitik kini telah menjadi trending. Perubahan yang sedang kita hadapi telah menuntut perubahan kepada pelajar dan kurikulum dalam bidang geospatial. Data sains, informatik, IOT, Artificial Intelligence (AI), Big Data Analysis bahkan Blockchain menjadi penting dan perlu diajar di dalam bidang geomatik, geodesi dan geografi.
Jika kita lihat, ekosistem bidang geospatial juga makin menarik kerana sebelum ini, sejarah menunjukkan pihak kerajaan yang memainkan peranan utama di dalam bidang ukur dan pemetaan, tetapi kini, bidang perniagaan dan swasta mula turut terlibat sama di bidang ini. Ini menarik terutama kepada mereka di bidang geomatik kerana ianya membuka ruang dan peluang yang sangat menarik.
Prof Hassanuddin memetik beberapa tren kajian di bidang teknologi geospatial oleh Aditya Chaturvedi (2019-2020). Pada masa kini terdapat banyak data-data daripada satelit dan ada yang percuma, kemudian kepintaran buatan geospatial (geospatial artificial inteligion) semakin bermanafaat, penting dan diperlukan. Begitu juga Building Information Modelling (BIM) dan GIS kini telah bersatu dan berintegrasi. Kebiasaannya BIM digunakan oleh rakan-rakan di bidang arkitek, kejuruteraan awam dan banyak digunakan untuk aktiviti indoor. Selain itu, aplikasi 3D seperti 3D kadaster, smart city, BIM dan GIS semakin diguna dan diintegrasikan. Pemetaan Sebagai Perkhidmatan (Mapping as a Service) sangat bermanafaat terutama di dalam perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grabfood,
Google Map dan lain-lain. Begitu juga perkhimatan e-hailing seperti Grab Car dan lain-lain. Peta kini boleh ditemui di mana-mana maka pembuatan peta kini harus kita kehadapankan. Smart-city, drone, autonomous vehicle, UAV sudah juga semakin banyak digunakan. Kerja-kerja pengukuran hidrografi juga semakin banyak yang mengunakan UAV. Apapun sekarang, aplikasi kini telah menjadi semakin kecil dengan peningkatan dan kemajuan teknologi. Teknologi cloud juga kini semakin penting. Ini adalah kerana volume of data semakin besar dan menyimpan data dalam komputer peribadi bukan lagi satu tindakan bijak. Cloud kini berada di mana-mana.
Kini, Data Democratization juga semakin penting dengan adanya Big Data dan Big Tools. Selain itu, perkongsian data menjadi popular di kalangan masyarakat di mana kita tidak perlu lagi terlalu bergantung kepada data tetapi kepada keputusan analisis. Dua institusi boleh punya data yang sama, tetapi institusi yang mempunyai kemampuan analisis data yang lebih hebat akan lebih berjaya kerana kemampuannya untuk mendapat lebih banyak maklumat. Pengunaan AI, Machine Learning, Deep Learning, Big Data Analysis, Blockchain dan sebagainya menjadikan data itu semakin terbuka kerana penguna kini boleh bersaing bagaimana untuk membuat analisa dengan lebih tepat dan lebih baik. Analisa menjadikan persaingan di antara institusi lebih diutamakan.
Justeru Webinar secara maya yang berjaya menarik jumlah tontonan seramai 400 lebih bidang geomatik ini telah menyimpulkan bahawa kurikulum di dalam bidang geomatik perlu diperkemaskini dalam melengkapkan mahasiswanya memounyai bakat dan tool yang mampu menganalisis data dengan baik, termasuk algoritma berasaskan pengetahuan dalam bidang statistik, informatik dan matematik yang dilihat menjadi semakin penting di masa kini.
Prof. Hasanuddin ialah professor di Fakulti Ilmu dan Teknologi Kebumian, Institut Teknologi Bandung (ITB). Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Badan Informasi Geospatial, (BIG) Indonesia pada 2016 – 2020. Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Ilmu dan Kebumian di ITB sebelum dilantik sebagai Pengerusi BIG.