WAKIL JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER BULAN SABIT MERAH UiTM CAWANGAN PAHANG MENERIMA HADIAH DI MAJLIS PERSIDANGAN KEMANUSIAAN, KARNIVAL KOKURIKULUM PERSATUAN BULAN SABIT MERAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Jawatankuasa Perwakilan Komander Bulan Sabit Merah (JPKBSM) UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka yang diketuai oleh YBrs Mejar Mohd Ridzuan bin Mohd Zukri,Penyelaras Kehormat Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan Jawatankuasa Perwakilan Komander Bulan Sabit Merah (JPKBSM) UiTM Raub telah dijemput untuk menyertai Karnival Kokurikulum Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City pada 24 Jun 2023.

JPKBSM UiTM Cawangan Pahang telah menghantar dua orang wakil iaitu Ainna Iffah binti Irwan dari Kampus Jengka dan Nur Syafika Ilyani binti Mohd Azmi dari Kampus Raub untuk menyertai satu persidangan kemanusiaan yang dikendalikan oleh PBSM UPSI hari ini.

Majlis Persidangan Kemanusiaan telah dirasmikan oleh Orang Besar Jajahan Daerah Muallim, Wakil Rasmi Tuanku Paduka Seri Sultan Perak, YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry kamal bin Hj. Ahmad. DPMP, AMK, PPT. Orang Besar Jajahan Muallim.

Pembentangan kertas kerja berkenaan kemanusiaan dan kesukarelawanan juga telah dilakukan oleh wakil IPK dan KBS iaitu Puan Steffany Hennery ( Penolong Pegawai Yang Bertanggungjawab Kadet dan Pegawai Teknik Bulan Sabit Merah Pejabat Pendidikan Daerah Muallim ) dan Puan Siti Nurbaya binti Zambri ( Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muallim ).

Seterusnya, perbahasan kertas kerja (kemanusiaan dan kesukarelawanan) telah diadakan.

Beberapa universiti telah menghantar wakil. Wakil dari UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah mendapat tempat kedua dan wakil dari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah mendapat tempat ketiga dalam perbahasan kertas kerja ini.

Akhir sekali, penyerahan cenderahati telah disampaikan oleh YB Tuan Mohamad Fais bin Jamil.

Syabas dan tahniah kepada JPKBSM UiTM Cawangan Pahang