PROGRAM KEPIMPINAN IKON MAHASISWA UITM CAWANGAN PAHANG TAHUN 2023

Unit Kepimpinan Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah mengadakan Program Kepimpinan Ikon Mahasiswa UiTM Cawangan Pahang Tahun 2023 di Bilik Serbaguna Tun Teja, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka pada 16 hingga 18 Jun 2023 .

Program ini bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang telah melibatkan seramai 60 wakil mahsiswa daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatan Kuasa Perwakilan Kolej dan Dewan Eksekutif Mahasiswa UiTM Cawangan Pahang.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr Haji Mohd Kamal Azman bin Jusoh, Timbalan Rektor HEP.
Objektif program ini adalah : –
1. Untuk melahirkan pemimpin pelajar yang kritis dan kreatif
2. Untuk melahirkan calon pemimpin berwibawa bagi pertandingan anugerah tokoh siswa
3. Bagi mengekalkan motivasi dan momentum Kepimpinan dalam diri pelajar agar sentiasa bersemangat.

Pencapaian yang diterima oleh para peserta program ini adalah :
1. Hubungan peserta dan organisasi bertambah erat.
2. Peserta telah menggunakan pemikiran kritis dan kreatif mereka untuk menyelesaikan semua aktiviti.
3. Peserta tahu tentang keperluan Anugerah Tokoh Siswa dan membuat kertas kerja Program berimpak tinggi.
4. Motivasi di kalangan peserta meningkat.

Seramai tiga orang fasilitator yang terlibat dalam program ini iaitu : –
1. En Mohd Faizal Azrul Azwan bin Muhamad@Che Harun, Ketua Unit Kepimpinan Pelajar
2. En Mohd Risham bin Jaafar , Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu
3. En Amar bin Sharuddin, Pegawai Eksekutif BHEP