USR-KTP Program Khidmat Masyarakat Bersama Warga Emas 3.0

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor, 9 Januari 2023, pelajar fisioterapi semester 7, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah mengadakan satu program iaitu USR-KTP Program Khidmat Masyarakat Bersama Warga Emas 3.0 yang telah dijalankan di Pusat Latihan Asnaf, Hulu Yam, Batang Kali, Selangor. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar fisioterapi tahun akhir terhadap komuniti warga emas dan mempraktikkan pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas dalam subjek geriatrik. Terdapat 6 jenis ‘booth’ yang terdiri daripada penilaian terhadap kekuatan otot kaki dan tangan, kestabilan ketika berdiri dan berjalan, koordinasi dan fleksibiliti. Seramai 27 orang warga emas dari Bait Al-Mawaddah telah hadir bagi menjalani penialain dan senaman ringkas yang bersusaian pada hari tersebut.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Bait Al-Mawaddah iaitu Puan Siti Norhayati Binti Rabadi dan turut dihadiri oleh beberapa orang kakitangan dari Bait Al-Mawaddah. Dalam ucapan tersebut, beliau menyambut baik program yang dijalankan oleh pelajar fisioterapi UiTM Puncak Alam dan berharap agar program seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap lagi dengan harapan kursus lain seperti dietetik dan kejururawatan juga dapat memeriahkan program yang akan datang. Penghuni Bait Al-Mawaddah juga berasa gembira dengan pengisian program ini dan memberi kerjasam yang sangat baik sepanjang program ini berlangsung.

Secara kesimpulannya, program ini telah dijalankan dengan jayanya oleh 35 orang pelajar fisioterapi semester 7. Para penganjur program berharap agar pengisian yang diberikan dalam program ini akan memberi manfaat kepada semua orang yang terlibat dalam program ini dengan harapan ilmu yang dipraktikkan dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada semua. Objektif yang dirangka bagi program ini telah berjaya dicapai dan pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang dengan harapan dapat memberi peluang kepada pelajar fisioterapi yang lain untuk memperoleh pengalaman yang sama malah lebih baik dari program ini.