Usah Ragu Mengisi PADU

Akhirnya terjawab persoalan yang berlegar seputar pengisian data peribadi rakyat Malaysia ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) apabila Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengundang Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Puan Wan Roslida Othman ke dalam program siaran langsung seperti berikut:

Tarikh:     14 Februari 2024 (Rabu)
Masa:       2:30 petang
Tempat:   Ruang Media PTAR UiTM Shah Alam

Dengan jumlah tontonan sewaktu bersiaran berjumlah 758 jumlah tontonan di dalam talian dan bersemuka menjadikan siaran langsung PADU: JANGAN RAGU berada di kedudukan kedua tertinggi buat masa ini.

Program yang diadakan secara hibrid adalah anjuran PTAR dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Selangor.

Bagi menonton kembali PADU: JANGAN RAGU sila layari YouTube Perpustakaan UiTM atau Facebook Perpustakaan UiTM.