“Usage Of Timber And Engineered Timber Products In The Construction Industry”

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi di atas limpah nikmat kurniaNya yang memberi peluang dan ruang kepada Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Institut Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengurusan Mampan (IIESM) dalam menjayakan program webinar berkaitan kayu dan produk kayu berkejuruteraan dalam industri pembinaan pada 21 Oktober 2021 yang lalu.

Program webinar ini diketuai oleh YBrs Dr Nurul Faiizin Aziz dan dikendalikan oleh beberapa ahlijawatankuasa yang telah dilantik bagi memastikan program berjalan dengan lancar.

Webinar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Mahpar Atan, Ketua Pengarah MTIB. Turut meraikan adalah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof Madya Dr Nazirah Ramli yang mewakili Rektor UiTM Cawangan Pahang serta tetamu khas iaitu Pengarah IIESM, Prof Dr Nor Hayati Abd Hamid.

Webinar yang bertajuk ‘Usage of Timber and Engineered Timber Products in the Construction Industry’ diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat secara komprehensif berkenaan penggunaan kayu dan juga produk kayu berkejuruteraan seperti glued laminated timber, cross laminated timber dan oriented strand board sebagai bahan binaan dalam industri. Selain itu, webinar ini juga turut membincangkan mengenai isu, cabaran dan masa depan penggunaan bahan ini di Malaysia.

Bagi menjayakan program ini, pihak penganjur telah menjemput empat penceramah pakar bidang terdiri daripada :
1. YBrs Dr. Mohd Nor Zamri Mat Amin, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB
2. YBhg Prof Dr Zakiah Ahmad , Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA – Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan – Media Rasmi
3. YBrs Prof Madya Dr Wan Mohd Nazri , Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri ( Bahagian Pji Uitm Pahang ), UiTM Cawangan Pahang
4. YBrs Prof Madya Abd Rahim Awang dari Fakulti Senibina,Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA.

YBrs Puan Aimi Munirah Jalilluddin telah mengendalikan webinar ini sebagai moderator. Seramai 140 orang pesera telah menghadiri webinar ini. Mereka terdiri daripada ahli akademik pelbagai universiti awam dan swasta, pegawai kerajaan, jurutera, arkitek, pelajar dan pemain industri perkayuan seperti pembekal dan pengilang kayu dan produk kayu.

Pengalaman mengenai rekabentuk struktur rumah kayu dikenali sebagai Rudinara Salinger yang telah memenangi anugerah arkitek Aga Khan serta proses perpindahan dari tapak asal ke lokasi yang baru dan proses pembaikpulihan juga telah dikongsi oleh penceramah jemputan.

Sesi soal jawab juga telah berjalan dengan rancak di antara penceramah jemputan dan peserta webinar. Ini membuktikan bahawa peserta sangat berminat dengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi dalam webinar ini.

Hasil maklumbalas daripada peserta, mereka berharap agar webinar seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang. Semoga lebih banyak lagi program kerjasama antara pihak akademik dan industri dapat dilaksanakan. Di akhir program, peserta telah diberi sijil kehadiran berserta mata CPD dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), jam latihan MBOT dan mata CCD dari CIDB.