Jalinan Kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Maran Bersama Projek Fertigasi Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Pahang

1 November 2021: Projek Fertigasi Timun Tua bagi Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), UiTM Cawangan Pahang telah memasuki musim kedua penanamannya. Projek fertigasi yang dikelola oleh Adam Bin Zakaria selaku pelaksana Projek Usahawan Pelajar dan Encik Mohamad Amir Shah Bin Yusop selaku Penasihat Projek telah menjalinkan hubungan kerjasama bersama Pejabat Pertanian Daerah Maran bermula awal tahun 2020. Berkat dari jalinan kerjasama tersebut, Pejabat Pertanian Daerah Maran hari ini telah mengadakan program penyerahan barangan pertanian kepada Projek Fertigasi Timun Tua.

Program yang berlangsung pada pagi ini di Pejabat Pertanian Daerah Maran telah menyaksikan penyerahan barangan pertanian tersebut:
• 200 bag media tanaman dari jenis sabut kelapa
• 100 kilogram polybag bersaiz 16inch x 16inch
• 3 botol Racun Kulat (Previcur 840)
• Yellow Sticker Trap (kawalan perosak)
• Biji Benih Terung Panjang
• 10m Polipaip 50mm
• 10m Polipaip 16mm

Serahan dilakukan oleh Puan Nur Suhada Binti Suhaimin, Pegawai Pertanian Daerah Maran bersama Puan Rohana Binti Hamiluddin dan Encik Izzat pada jam 9.00 pagi kepada wakil FPA iaitu Adam Bin Zakaria dan Encik Mohamad Amir Shah Bin Yusop. Program serahan yang berakhir jam 10 pagi ditamatkan dengan sesi bergambar bersama wakil FPA Pahang dan wakil dari Pejabat Pertanian Daerah Maran. Proses penghantaran barangan pertanian tersebut ke Tapak Fertigasi Timun Tua dibantu oleh Unit Pengurusan Ladang (UPL), UiTM Cawangan Pahang. Semoga perjalanan projek fertigasi FPA Pahang mampu berkembang lebih pesat dengan adanya kerjasama luar bersama industri.