UiTM-University of Leeds Meterai MoU, Perkasa Akademik dan Penyelidikan

7 Julai 2021- Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan the University of Leeds, United Kingdom telah diadakan secara maya dengan jayanya. The University of Leeds merupakan salah satu universiti terkemuka dunia yang berada pada kedudukan 92 berdasarkan QS Global World Rankings 2022. Tujuan MoU ini adalah untuk memperkasakan kolaborasi akademik dan penyelidikan di antara dua universiti meliputi projek inovasi, penyelidikan, konferens, syarahan, pertukaran bidang kepakaran dan penerbitan, penempatan pelajar, dan lain-lain program yang berkaitan.

Majlis yang diianjurkan oleh Jabatan Rakan Strategik (DSP) UiTM Global dengan kerjasama Kolej Pengajian Kejuruteraan ini telah dihadiri oleh lebih 30 orang dengan menggunakan platform Zoom dan FB Live. Ia dimulai dengan ucapan aluan daripada Penolong Naib Canselor UiTM Global, Prof. ChM. Dr. Hadariah Bahron, manakala University of Leeds diwakili oleh Dr. Rob Sturma, Pro Dekan Antarabangsa di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Fizikal (EPS). Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan pembukaan kedua-dua dif jemputan iaitu Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antabangsa) merangkap Naib Canselor telah mewakili UiTM, manakala the University of Leeds telah diwakili oleh Prof. Dr. Hai Sui Yu; sesi menandatangani MoU, dan diakhiri dengan sesi fotografi secara maya.

Antara tetamu yang turut hadir bersama adalah Penolong Naib Canselor (Kolej Pengajian Kejuruteraan), Prof. Sr. Ir. Dr. Haji Suhaimi Abdul Talib; Pengarah Rakan Kerjasama Strategik Global iaitu Prof. Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar; Dekan (Jaringan Industri & Alumni) Kolej Pengajian Kejuruteraan, Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman; Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor dan Dekan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Prof. Ts Dr. Haryani Haron. Pihak University of Leeds pula turut diiringi oleh Dr. Ian Wood (Pro Dekan Antarabangsa, Fakulti Sains Biologi), Premila Kanapathy (Pengarah, University of Leeds SEA Regional Office), Dr. Anoushka Kulikowski, Dr. Arief Gusnanto, Finola Preston, Eileen Wong and Ines Devesa BuadesLamp.