UiTM Tidak Terbabit FB Live ‘UiTM dan DAP’

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menegaskan bahawa ia tidak terbabit dalam program bicara Facebook Live bertajuk ‘UiTM dan DAP’, yang dianjurkan oleh sayap Muda DAP Kampung Tunku di sini, esok.

“Kami memandang serius isu ini susulan tersebarnya poster digital di media sosial yang seolah-olah membabitkan UiTM dalam penganjuran program itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan poster itu, program bicara ini akan disertai oleh bekas graduan UiTM yang memegang jawatan dalam DAP.

UiTM turut memaklumkan bahawa tidak ada sebarang permohonan mahupun kelulusan yang diberikan terhadap program itu.

Justeru itu, UiTM dengan tegas memaklumkan orang ramai bahawa ia sama sekali tidak terbabit dalam program itu.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/755076/uitm-tidak-terbabit-fb-live-uitm-dan-dap