UiTM Sertai Program Promosi YES2Malaysia Education Information Day 2022

Ketua Eksekutif iCEPS, Profesor Dr Azizul Halim bin Yahya telah mengetuai delegasi ke program promosi YES2Malaysia Education Information Day 2022 (Jeddah, Arab Saudi) & YES2Malaysia Education Counselling Session 2022 pada 13 hingga 18 Mei 2022 anjuran Rexpo Sdn Bhd dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah, Arab Saudi.

Program promosi ini bertujuan untuk memperkenalkan UiTM di luar negara, memasarkan lebih 200 program pascaijazah UiTM dan memberi khidmat perundingan kepada pelajar yang berpotensi untuk memohon program pascaijazah di UiTM.

Lawatan kerja ini turut disertai oleh delegasi dari Institut Pengajian Siswazah (IPSis) Profesor Madya Dr Aman Mohd Ihsan Mamat (Ketua Pengajian Siswazah (Penyelidikan)), Ts. Dr. Khairul Safuan Muhammad (Ketua Pengajian Siswazah (Kerja Kursus)) dan Ustaz Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamad Sith (Pensyarah Kanan).