Audit Pengawasan (SV2) ISO 9001:2015 Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).

Alhamdulillah dan tahniah kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan PTAR Undang-Undang UiTM Shah Alam yang telah berjaya memperoleh Audit Bersih pada Audit Pengawasan (SV 2) ISO 9001:2015. Audit Pengawasan ini diadakan pada 17 Mei 2022 (Selasa) secara Remote Audit menggunakan Aplikasi CISCO Webex diketuai oleh Auditor Llyod’s Tuan Haji Ramli bin Daud.

Hasil rumusan dan penemuan audit, PTAR telah berjaya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mempunyai inisiatif-inisiatif baharu yang menunjukkan impak positif seiring dengan halatuju GRU2025.

 

Tahniah juga di atas pencapaian PTAR di dalam Ranking Web of Repositories ditangga 101 dunia (edisi 13).

Pihak auditor sangat bersetuju PTAR melaksanakan kaji semula SWOT bagi mengenalpasti isu luaran dan dalaman bagi menentukan konteks organisi dan risiko yang baharu.

Halatuju GRU2025 perlu memberikan perhatian kepada aspek Pengurusan Risiko dan cabaran baharu, Piagam Pelanggan serta Objektif Kualiti agar ia seiring dan selari.

En.Jamalludin Sulaiman, Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan (Wakil Pengurusan PTAR) turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga PTAR kerana telah berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001 : 2015. Semoga kejayaan ini dapat dijadikan sebagai pendorong dan semangat untuk terus komited selain mengekalkan budaya kerja berpasukan agar lebih banyak kejayaan yang membanggakan dapat dicapai pada masa akan datang.

Facebook Perpustakaan UiTM : https://www.facebook.com/perpustakaanuitm/posts/5223190704383726