UiTM penganjur bersama “The Most Participants in Welfare Home First Aid Demonstration”

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat & Ekonomi Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Persatuan Cakna Anak Malaysia (PCAM), UiTM Cawangan Selangor telah menjaya mencipta rekod Malaysian Book of Records (MBOR) untuk rekod “Most Participants in Welfare Home First Aid Demonstration” menerusi Program Demonstrasi Pertolongan Cemas yang dijalankan secara serentak yang melibatkan 22 warga rumah kebajikan yang terdiri daripada 445 petugas, pelatih dan ibubapa terlibat dalam program ini.
UiTM penyumbang utama fasilitator untuk demonstrasi ini yang diketuai oleh Puan Fatimah Sham, Jurulatih Bulan Sabit Merah Malaysia yang juga merupakan Pensyarah Kanan Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan. Seramai lebih daripada 40 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan staf dan pelajar UiTM Cawangan Selangor yang terlibat memberikan demonstrasi ini.

Penyerahan plak pengiktirafan Malaysia Book of Records “Most Participants in Welfare Homes First Aid Demonstration” ini telah disampaikan oleh Encik Edwin Yeoh, Pegawai Rasmi Malaysia Book of Records kepada Puan Anfaal Binti Saari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat & Ekonomi Negeri Selangor dan kepada penganjur Bersama iaitu Puan Aslynda Binti Mohd Dahlan, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Sektoral UPEN, Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pemangku Rektor UiTM Cawangan Selangor dan Tuan Haji Muhammad Shukri Bin Hj Nor Mokles, Pengerusi Persatuan Cakna Anak Malaysia.