29 FEBRUARI 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) telah mengadakan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama Strategik (LoA) dengan lapan rakan industri dalam Program Transformasi Komuniti Agro Madani 2024 bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Program yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 28 hingga 29 Februari 2024 ini memberikan fokus kepada perlaksanaan Bengkel Training of Trainers (TOT): Asas Penanaman Tanaman Sayuran Berdaun Secara Konvensional dan Berteknologi.
Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama Strategik / Surat Perjanjian (LoA) telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni dan disaksikan oleh Yang Berusaha Profesor Ts. Dr. Azhan Hashim@Ismail, Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM kepada lapan industri yang terdiri daripada All Cosmos Industries Sdn. Bhd., Sacha Inchi Superfood Sdn. Bhd. Agro Cloud Sdn. Bhd., Macas Agro Sdn. Bhd., Crop Power Sdn. Bhd., Koperasi Alumni Perladangan UiTM Malaysia Berhad (KOPAPU), Tradewinds Plantation Berhad dan Pejabat Pendidikan Daerah Jasin.
Dalam ucapan perasmiannya, Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah menyatakan bahawa jalinan kerjasama strategik ini mampu merancakkan lagi perkembangan industri pertanian di Malaysia berdasarkan kepakaran setiap industri dalam bidang-bidang penting pembangunan negara. Aktiviti penyelidikan, inovasi, pembangunan pelajar serta pengajaran dan pembelajaran mampu menyumbang kepada pemindahan ilmu dan pembangunan inovasi sosial yang berimpak tinggi berdasarkan pendekatan Quintuple Helix.
“Hal ini adalah selari dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang mengambil pendekatan keseluruhan negara atau whole-of-nation approach yang melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, pemain industri serta masyarakat dalam misi untuk melaksanakan pembaharuan.” katanya lagi. Program Transformasi Komuniti Agro Madani 2024 ini turut mendapat kerjasama erat daripada rakan strategik UiTM iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, All Cosmos Industries Sdn. Bhd., Crop Power Sdn. Bhd. dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Program yang melibatkan 21 guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Daerah Jasin ini adalah sangat penting bagi memberikan impak positif terhadap pembangunan kemahiran pertanian para guru yang akan diperturunkan kepada para pelajar sekolah khususnya pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Kerjasama pintar yang terjalin ini sudah pasti dapat meningkatkan UiTM di peringkat global, sekaligus mencapai aspirasi bersama UiTM ke arah “Globally Renowed, Locally Rooted” menjelang 2025. Usaha ini juga menyumbang kepada ketampakan UiTM dalam kalangan