UiTM CM Memenangi Anugerah Majlis Apresiasi Massive Open Online Course (MOOC) dan Micro Credentials (MC) UiTM

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua pasukan pembangunan MOOC dan MC untuk tahun 2023 UiTM Cawangan Melaka yang telah menerima anugerah iaitu: Anugerah MOOC Paling Aktif (Pengurusan & Perniagaan) “Property and Pecuniary Insurance” & Anugerah Micro-Credential Paling Aktif (Pengurusan & Perniagaan) “The Consultancy Model”

Sempena Majlis Apresiasi Massive Open Online Course (MOOC) dan Micro Credentials (MC) UiTM yang diadakan oleh Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) pada 23 Disember 2022, bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam. Anugerah telah disampaikan oleh YBhg Datuk Naib Canselor UiTM, Datuk Ts Dr Hjh Roziah Mohd Janor. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pasukan pembangunan MOOC dan MC untuk tahun 2023 dan seterusnya.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, YBrs Dr Ismadi Md Badaruddin yang mewakili Rektor juga menerima sijil penghargaan sebagai Rakan Kolaborasi Strategik Pembangunan Program Jarak Jauh/ePJJ serta kejayaan pembangunan MOOC dan MC UiTM dari tahun 2019 hingga 2022.