Program Canva Cuti Sekolah PPIM Pahang

Sempena cuti sekolah pada tahun ini, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media (PPIM) UiTM Pahang telah melaksanakan program cuti sekolah kepada pelajar sekitar Bandar Jengka Pahang, bertujuan mempertingkatkan kemahiran kreatif para pelajar sekolah menggunakan aplikasi CANVA. Aplikasi ini berupaya menyerlahkan kreativiti kanak-kanak di dalam penghasilan dokumentasi serta video yang kreatif mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Bengkel sehari ini disertai lebih 40 orang pelajar sekolah rendah dan menengah disekitar Jengka dan Raub dan dikendalikan oleh penceramah PPIM Phg sendiri iaitu Dr Juhaida Ismail dan Puan Rozeleenda Abdul Rahman dengan penghasilan beberapa dokumen dan video yang dinilai oleh penceramah di akhir sesi bengkel.

Program ini turut disertai oleh warga akademik PPIM Phg yang bertindak selaku fasilitator dan Ketua Pusat Pengajian yang sama sama membantu para peserta di dalam menggunakan apkikasi CANVA. Program ini juga merupakan antara pelengkap kepada pencapaian PI 117 – Penjanaan Pendapatan bagi PPIM Phg bagi tahun 2022.

Diharapkan program seumpana ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta dan berupaya mewasilahkan penggunaan apkikasi tersebut di dalam sesi persekolahan yang akan datang disamping memupuk minat dan kreativiti pelajar cilik terhadap teknologi aplikasi terkini sedia ada khususnya di dalam kontek P&P sebenar.