UiTM Cawangan Sarawak Terima Sumbangan Food Bank Siswa Daripada KPDNHEP SARAWAK

Program Agihan sumbangan Food Bank Siswa kepada penuntut UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan telah berlangsung baru – baru ini bertempat di Pusat Pelajar, Kampus Samarahan. Food Bank Siswa telah disampaikan oleh wakil pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak kepada wakil pihak UiTM Cawangan Sarawak iaitu Prof Madya ChM Dr. Mohammad Isa Bin Mohamadin, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Sumbangan adalah berbentuk minuman 3 in 1 Nutrigold White Coffee oleh Gold Leaf Marketing Sdn Bhd. Untuk makluman, inisiatif Food Bank Siswa ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan lebihan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan dan pada masa yang sama dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh mahasiswa sepanjang berada di dalam kampus terutamanya dalam situasi pandemik Covid 19.

UiTM Cawangan Sarawak ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kepada pihak KPDNHEP Sarawak dan Gold Leaf Marketing Sdn Bhd. di atas sumbangan serta kesudian bekerjasama dalam menjayakan program Food Bank Siswa ini.

Sesi Penyerahan Agihan Sumbangan Food Bank Siswa yang telah disampaikan oleh wakil KPDNHEP Sarawak dengan Prof Madya ChM Dr Mohammad Isa bin Mohamadin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak. Turut hadir sama adalah Saudara Mohamed Yusuf Hassan Bin Roslan, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2020/2021 dan Saudara Noriman Ariff Bin Saiful Bahar,Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2020/2021.