UiTM Cawangan Sarawak Sertai Kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK Sarawak 2023 Antara Kelab Gabungan

Kelab Kakitangan UiTM Cawangan Sarawak (KEKiTA) telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK Sarawak 2023 Antara Kelab Gabungan yang diadakan di Megalanes, Emart Batu Kawa. Kejohanan anjuran MAKSAK Sarawak ini telah berlangsung pada 14 hingga 17 Jun 2023.

Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YBrs. En. Joseph Blandoi, Pengurus Besar SALCRA merangkap Pengerusi Pembangunan Sukan Tenpin Bowling MAKSAK Sarawak, manakala penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Fathi bin Haji Hambali, Residen Bahagian Kuching mewakili YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Haji Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Yang di Pertua MAKSAK Sarawak.

Sebanyak 40 pasukan dari pelbagai jabatan dan agensi yang melibatkan hampir 400 orang peserta dari kalangan penjawat awam telah menyertai kejohanan ini. KEKiTA telah menduduki tangga ke-20 dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 14851. Dalam kejohanan ini, KEKiTA telah menghantar enam (6) atlet dan En. Zulfadli Sukardi telah memperoleh tempat ketiga untuk Kategori Lelaki Terbuka. Beliau akan mewakili Sarawak ke MAKSAK Kebangsaan pada bulan Ogos nanti.

Tahniah dan syabas pasukan KEKiTA.