UiTM Cawangan Sarawak Merangkul Hadiah Utama Dalam ‘SMA – IVA VIRTUAL ASSISTANT COMPETITION 2021’

15 OKTOBER 2021 (JUMAAT), KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah merangkul kemenangan dalam SMA – IVA Virtual Assistant Competition 2021 anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama Serba Dinamik yang telah diadakan secara dalam talian pada baru – baru ini.

Melalui program inovasi ini, persediaan dan pendedahan telah diberi untuk agensi kerajaan memperkenalkan IVA di dalam perkhidmatan digital kerajaan yang akan meningkatkan masa tindak balas bagi setiap perkhidmatan agensi kerajaan. IVA merupakan pembantu maya pintar (IVA) atau pembantu peribadi pintar (IPA) adalah ejen perisian yang dapat melaksanakan tugas atau perkhidmatan untuk seseorang individu berdasarkan arahan atau pertanyaan. Ini akan menambah baik kecekapan agensi kerajaan dengan menjadikan IVA sebagai sistem sokongan dan juga penggunaan data besar atau Big Data.”

Dr. Lee Beng Yong, Encik Yussri Sawani, Encik Adib Sarkawi, Puan Aiza Johari, Puan Ketty Chachil, Encik Abdul Hadi Abdul Talip, Puan Atikawati Ahmad Razali, Encik Mohd Syazawan Mohd Aris, Puan Aima Sumiyati Maliki dan Cik Baizura Ibrahim dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak telah muncul sebagai pemenang tempat pertama dengan membawa pulang wang sebanyak RM2,000 beserta sijil penyertaan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang yang telah mengharumkan nama UiTM Cawangan Sarawak di atas kemenangan ini. Diharapkan anugerah ini dapat menjadi inspirasi kepada warga UiTM Cawangan Sarawak dalam meningkatkan kecekapan mutu perkhidmatan pada masa hadapan.