UiTM Cawangan Sarawak Laksana Minggu Destini Siswa (MDS) Dan Program Sesi Mac – Ogos 2021 Secara Dalam Talian

(KOTA SAMARAHAN): Pada 15 hingga 20 Mac yang lalu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah melaksanakan Minggu Destini Siswa (MDS) dan Program Pemantapan Destini Siswa (PDS) secara dalam talian untuk pelajar baharu sesi Mac – Ogos 2021. Ini adalah Minggu Destini Siswa yang kedua dilaksanakan secara atas talian sejak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita pada awal tahun 2020. Seramai 162 orang pelajar program Pra Diploma, Diploma dan Ijazah sarjan Muda telah menyertai MDS dan PDS pada kali ini di laman Facebook rasmi UiTM Cawangan Sarawak.

Sepanjang Minggu Destini Siswa ini, pelajar baharu diberi pendedahan tentang pengenalan universiti, bahagian dan unit – unit yang terdapat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak. Sepanjang pelaksanaan program ini, pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM cawangan Sarawak sentiasa memastikan segala aktiviti yang melibatkan pelajar, staf dan penceramah luar yang hadir di studio menepati prosedur operasi standard yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penyebaran Covid-19.