Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah menganjurkan program Kolokium Antarabangsa Pengajian Islam (i-KOPI 2022) pada 24 Ogos 2022 bertempat di Dewan Auditorium, Blok B, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 bertemakan “Membangunkan Pengajian Islam Lintas Sempadan Institusi Pendidikan Tinggi di Borneo dan Sekitarnya” “Developing the Cross-Border Islamic Studies in Higher Education Institutions of Borneo Island and Beyond”.
Tujuan program ini diadakan kerana memberi pendedahan kepada pelajar pasca sarjana dalam penulisan, pembentangan, dan perbahasan dalam academic discourse dan memberi ruang dan peluang untuk menjalinkan hubungan rakan akademik antara institusi yang terlibat.
Program Kolokium ini melibatkan peserta pembentangan pasca siswazah iaitu 12 orang prodi ekonomi Islam IAIS Sambas, 25 orang prodi pendidikan Islam IAIS Sambas, 10 orang pelajar pascasiswazah ACIS UiTM Sarawak. Sementara itu, program Kolokium ini melibatkan pensyarah iaitu 28 pensyarah atau ahli rombongan IAIS Sambas, 10 pensyarah ACIS/Unit Hal Ehwal Islam UiTM Sarawak dan 3 pensyarah Institut Perguruan Guru Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan.
Turut hadir sepanjang program ini berlangsung iaitu Profesor Madya Dr. Hadenan bin Towpek, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Islam Borneo, UiTM Cawangan Sarawak, wakil Rektor Institut Agama Islam Sultan Syafiuddin Sambas serta wakil Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.