UiTM Cawangan Sarawak Hantar 71 Orang Atlet Ke KARISTA UiTM 2022

Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontigen UiTMCS sempena Karnival Sukan Staf (KARiSTA) UiTM 2022 di UiTM Cawangan Terengganu pada 24-30 Ogos 2022. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato Dr. Jamil Hj. Hamali, Rektor UiTMCS yang turut menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada para atlet.

Kontigen UiTMCS diketuai oleh Pn. Umaira Othman Koya, Timbalan Pendaftar Kanan dengan penglibatan 71 orang atlet dan pegawai bakal menyertai acara golf, tenis, dart, sepak takraw veteran, bola tampar wanita, bola sepak veteran dan senior.

Seluruh warga UiTMCS mengucapkan selamat bertanding kepada para atlet.

Encang Sarawak Encang!