UiTM Cawangan Sarawak Berjaya Anjur Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Kali Ke-13

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah berjaya menganjurkan Konferensi Antarabangsa Islam Borneo kali ke-13 pada 7 dan 8 September 2022 (Rabu dan Khamis) bertempat di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak. Tema utama KAIB berusia 13 tahun ini ialah “The Role of IT and Contribution of Islamic Institutions” disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) mewakili YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Tujuan konferensi ini dianjurkan bagi mempertingkatkan dan meluaskan perbincangan dalam akademik di kepulauan Borneo, KAIB XIV 2022 turut membincangkan beberapa topik lain dalam sub tema persidangan.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari ini telah menyaksikan Profesor Dr. Rahmat Soe’oed dari Universitas Mulawarman Samarinda, Indonesia sebagai Ucaptama Pertama, PG Hajah Dr. Norkhairiah Pg Haji Hashim, Pengarah Halalan Tayyiban Research Centre Sultan Sharif Ali University, Brunei Darusslam sebagai Ucaptama Kedua. Manakala Ucaptama Ketiga ialah Encik Mr. Saifullah Jo, Young-Chan Korea Halal Association (KOHAS) Seoul, Korea dan Ucaptama Keempat ialah Encik Iskandar Zulkarnain, Setiausaha Sulit Special Envoy BIMP EAGA, Kota Kinabalu, Sabah serta Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia menjadi Ucaptama Kelima. Al- Fadhil Ustaz Muhammad Jazir, Ketua Majlis Shura Masjid Jogokariyan, Yogjakarta, Indonesia sebagai Ucaptama Keenam dan Ucaptama Ketujuh ialah Al-Fadhil Ustaz Mohd Safian Abdul Rahman Nazir, Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Selangor.