UiTM Cawangan Sarawak Bawa Pulang 5 Pingat di Program Pengguna Sihat Minda Cerdas KPDN Negeri Sarawak

Kelab Kakitangan UiTM Sarawak (KEKiTA) telah menghantar penyertaan ke Program Pengguna Sihat Minda Cerdas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sarawak yang diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Sarawak (INSARA), Kota Samarahan. Program anjuran KPDN Negeri Sarawak ini telah diadakan pada 4 hingga 5 Ogos 2023.

Sebanyak 7 acara sukan dipertandingkan dan KEKiTA telah menyertai 3 acara iaitu Bola Tampar, Bola Sepak 9’s, Bola Jaring dan Sepak Takraw. Dengan kekuatan seramai 56 orang atlet dan pegawai, KEKiTA telah berjaya membawa pulang 3 pingat emas dan 2 pingat perak.

Pingat emas telah disumbangkan oleh Pasukan Bola Tampar Wanita, Pasukan Bola Tampar Lelaki dan Pasukan Bola Sepak. Sementara itu, Pasukan Sepak Takraw dan Pasukan Bola Jaring telah menyumbangkan 2 pingat perak.

Tahniah dan syabas pasukan KEKiTA!