UiTM Cawangan Sarawak Anjur Program Randau #Digital Sarawak

Program Randau #DigitalSarawak telah diadakan di Dewan Lakin Kampung Nyabor, Kabong pada 26 Julai 2022. Program ini dianjurkan oleh Unit Pemodenan Perkhidmatan, Pejabat Premier Sarawak dan dijayakan oleh Pejabat Residen Bahagian Betong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir turut hadir merasmikan program ini.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mendedah penggunaan perkhidmatan atas talian kepada penduduk Kabong.

Program ini turut disertai oleh beberapa pensyarah dari UiTM Kampus Samarahan, Sarawak. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh pensyarah adalah mempromosikan kepada penduduk kursus-kursus yang ditawarkan di Kampus Samarahan, Samarahan 2, dan Mukah. Aktiviti lain juga adalah permainan menguji pengetahuan penduduk berkenaan teknologi maklumat dan ceramah berkaitan komputer dan internet.

Selain daripada UiTM Cawangan Sarawak, program ini juga turut disertai oleh pelbagai agensi antaranya adalah Sarawak Pay Global, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dan Institusi Pengajian Awam,.