UiTM Cawangan Sarawak anjur Majlis Homecoming Dinner UiTM Cawangan Sarawak 2023 disambut penuh gemilang

Majlis Homecoming Dinner UiTM Cawangan Sarawak 2023 yang dianjurkan di BCCK malam tadi berlangsung dalam suasana ceria dan meriah dengan kehadiran lebih 700 orang tetamu yang kebanyakannya merupakan alumni UiTM Cawangan Sarawak. Majlis yang bertemakam “Journey Through 50 Years: Uniting Alumni, Inspiring Futures” dianjurkan bersama Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA) bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Jubli Emas UiTM Cawangan Sarawak di Bumi Kenyalang disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak serta isteri Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datuk Amar Hjh Juma’ani Tun Tuanku Hj Bujang. Turut hadir adalah YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz, Pro-Canselor UiTM serta isteri Yang Berbahagia Datin Dayang Rosnah Haji Abang Drashid, YB Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Industri Kreatif & Seni Persembahan, Profesor Dato Dr Haji Jamil bin Haji Hamali, Rektor UiTM Cawangan Sarawak serta isteri Yang Berbahagia Datin Marilyn Edna Perreau serta Professor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor, mantan Naib Canselor UiTM bersama tetamu-tetamu lain. Selain itu, lebih istimewa adalah kehadiran kohot pertama pelajar ITM tahun 1973 di kampus Batu Lintang yang turut sama-sama meraikan sambutan Jubli Emas UiTM Cawangan Sarawak.

Penganjuran Majlis Homecoming Dinner ini bertujuan mengumpul dana Tabung Seri Kenyalang (TSK) bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan (Kategori B40) dari segi pembiayaan yuran pengajian dan kos lain sepanjang pengajian mereka di UiTM Cawangan Sarawak. Pada majlis tersebut juga, Prof. Dato Dr Hj. Jamil mewakili UiTM Cawangan Sarawak telah menerima sumbangan sebanyak RM67,000.00 daripada YBhg. Dato’ Mohamed Raffe Chekku, Pengarah Urusan Rekajaya Projek Sdn. Bhd. untuk disalurkan ke TSK.

Tetamu telah disajikan dengan persembahan daripada para pelajar dan alumni UiTM Cawangan Sarawak dan semestikan kehadiran penyanyi bersuara lunak kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah berjaya membuai rasa tetamu dengan persembahan hebatnya.