UiTM Cawangan Sarawak Anjur Karnival ESAF 2021

KOTA SAMARAHAN, 17 JANUARI 2022 (ISNIN): Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program E-sukan antara Fakulti yang berlangsung baru-baru ini. Majlis penutupan program pula telah diadakan pada 9 Januari 2022 dan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM yang mewakili YBhg. Naib Canselor UiTM, Profesor Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd. Janor. Majlis turut dihadiri YBhg. Prof. Dato Dr. Jamil bin Haji Hamali, Rektor UiTM Cawangan Sarawak.

Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar walaupun berjauhan. Seterusnya, program ini membolehkan pelajar berekreasi tanpa terdedah kepada persekitaran luar yang saban hari semakin merisaukan.

Berikut merupakan Kedudukan Akhir Kontinjen bagi Karnival ESAF 2021, Kontinjen Senibina, Perancangan dan Ukur mendapat 98 kutipan mata yang merupakan kutipan tertinggi bagi karnival ini. Kontinjen Sains Sukan dan Rekreasi memperoleh 94 kutipan mata merangkul kedudukan tempat kedua manakala Kontinjen Akademi Pengajian Islam Kontemporari mendapat 84 kutipan mata dengan menjadi tempat ketiga dalm Karnival ESAF 2021.

Dengan adanya Karnival ESAF 2021 seperti ini, semoga para pelajar UiTM Cawangan Sarawak akan semakin bersemangat dalam bersaing secara sihat dalam bidang sukan antara fakulti pada masa akan datang.