UiTM Cawangan Sarawak Adakan Istiadat Konvokesyen Ke-94 Kali Kedua Dengan Penuh Gemilang

Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-94 telah berlangsung dengan penuh gemilang di Dewan Jubli UiTM cawangan Sarawak Kampus Samarahan pada 26 hingga 27 September 2022. Seramai 998 orang keseluruhan graduan telah berjaya menerima sijil penganugerahan ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing. Majlis ini merupakan istiadat konvokesyen kedua yang dibuat secara bersemuka selepas istiadat konvokesyen pertama bertarikh 4 hingga 6 Julai 2022 yang lepas.

Istiadat penuh gemilang ini menyaksikan Yang Berbahagia Professor Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) merasmikan Istiadat Konvokesyen serta sekali gus menyempurnakan penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan. Turut hadir menyempurnakan penganugerahan ijazah dan diploma adalah Profesor Dato Dr. Jamil bin Haji Hamali, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Profesor Madya Datin Dr. Norazida Mohamed, Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tuan Haji Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Majllis ini diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan serta memberi galakan dan dorongan kepada para graduan agar lebih komited serta bersemangat untuk mendalami ilmu dalam peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang. Selain itu juga, majlis berprestij ini turut mampu memberi keyakinan kepada graduan agar lebih kompetitif untuk menghadapi cabaran alam pekerjaan.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua graduan kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Begitu juga, jutaan penghargaan disampaikan kepada para ibu bapa, pensyarah dan seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak yang ikhlas menjayakan Istiadat Konvokesyen kali ke-94.