DERIA 2022

Program DERIA 2022 merupakan sebuah program yang julung kali dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka dan Perbadanan Muzium Negeri Melaka.

Program ini menggabungkan Pameran Reka Cipta & Inovasi serta Pameran Seni yang bertemakan ”Masyarakat dan Anti Rasuah”. Selaras dengan hasrat kerajaan, program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri pelbagai peringkat umur, sosioekonomi dan sosiobudaya.

Layari www.admelaka.com untuk maklumat lanjut.