UiTM Cawangan Perak Merangka Strategic Action Plan (SAP): Globally Respected University 2024 Berpaksikan Model Kampus Lestari Pintar@ UiTMCP Towards A Sustainable Smart Campus 2025

10.11.2023 Prof. Madya Gs Dr Mohd Fadzil Abdul Rashid, Prof. Madya Dr Nur Hisham Ibrahim, Prof. Madya Ts Dr Norhayati Baharun, Prof. Madya Sr Dr Mohd Azian Zaidi, Prof. Madya Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani, Jona Hidayati Qamaruzzaman, Mohamad Hairi Ramli, Prof. Madya Sr Dr Thuraiya Mohd, Azrul Bahaluddin, Ts Hjh Nor Azizah Omar

UiTM Cawangan Perak (UiTMCP) mengorak langkah pantas menghasilkan Strategic Action Plan (SAP): Globally Respected University 2024 melalui Siri Bengkel Perancangan Strategik 2024 yang berlangsung selama tiga hari di HIG Hotel, Langkawi, dari 6-8 November 2023. Bengkel tersebut yang dikendalikan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bersama Penyelaras Strategik dan Transformasi Universiti (PSTU), UiTMCP, dihadiri oleh Rektor dan Barisan Eksekutif dengan libatsama ketua-ketua atau wakil Unit/Kolej Pengajian/Fakulti/ Pusat Pengajian dari UiTMCP, yang jumlahnya seramai 55 peserta.

Menyedari cabaran besar untuk merealisasikan sasaran 75 Petunjuk Prestasi (PI) 2024, Rektor UiTMCP telah menggagaskan prakarsa Kampus Lestari Pintar 2025 yang menjadi paksi kepada pembangunan SAP UiTMCP 2024-2025. Prakarsa tersebut adalah kesinambungan daripada inisiatif Kampus Hijau yang telah dijayakan di UiTMCP sejak dari 2015. Secara umumnya, konsep Kampus Pintar adalah satu pendekatan yang memperalatkan teknologi digital bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, efektif dan efisien. UiTMCP mendahului kampus-kampus cawangan lain dalam sistem UiTM, bergerak ke arah kampus pintar seiring dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Justeru, Model Kampus Lestari Pintar UiTMCP 2025 dibina berasaskan empat dimensi pintar utama: Smart Teaching & Learning; Smart Infrastructure; Smart Environment; dan Smart Governance & Management. Model ini dilaksanakan melalui inisiatif-insiatif pintar yang sedia dan inisiatif baharu yang akan dibangunkan seiring dengan ultimate outcome iaitu sistem operasi yang lebih efisien, jimat kos serta tersambungan pantas tanpa had, yang berupaya melonjakkan ketampakan dan reputasi UiTMCP kepada komuniti luar (lokal, nasional dan global). Bagi mendukung aspirasi UITMCP sebagai kampus pintar, pemboleh daya data pintar dan pengurusan pintar adalah signifikan sebagai pemacu kepada kelangsungan pelaksanaan pelan strategik yang berdaya laksana serta mendukung kepada hala tuju Globally Respected University 2024 dan seterusnya Globally Renowed University 2025 (GRU2025).

Melalui prakarsa ini, UiTMCP berjaya menghasilkan 15 SAP dan 104 Aktiviti sebagai pemacu kepada pencapaian sasaran 75 PI 2024. Keberhasilan 15 SAP ini juga turut disumbang oleh suara dan idea warga UiTMCP berasaskan soal selidik yang dijalankan dari 17 Oktober hingga 31 Oktober 2023 – menjadikan usaha ini sebagai strategi Top-down dan Bottom-up yang meningkatkan tahap berdaya laksana SAP dan memberi impak positif kepada warga.

Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan MASMED yang diberikan mandat untuk menerajui Teras Strategik 1: Quality Education (memfokuskan pelajar) telah membangunkan sembilan SAP 2024. BHEA bakal melaksanakan tiga SAP 2024 iaitu Smart Respectable; Smart Global; dan Smart Digital untuk memacu pencapaian sasaran 14 PI 2024. Diikuti BHEP mensasarkan lima SAP 2024 untuk merealisasikan sasaran 12 PI 2024 iaitu i-Proleads; Technology, Innovation, Build-Up & Enhancing Resilience (TIBER); University Exchange (UNiX); Talent Connect v.2; dan u-N-i Wellness. MASMED pula hanya memperkenalkan satu SAP 2024 yang dipetakan dengan enam PI 2024 iaitu Absolute Globally Respected Education for Entrepreneur (AGREE).

Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) dan Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni & Unit Pemindahan Ilmu (ICAN/KTU) yang memegang portfolio Teras Strategik 2: Global Excellence telah menawarkan masing-masing satu SAP 2024. RMU bakal melaksanakan SAP Globally Respected Research, Innovation & Publication (GRRIP), dan ICAN/KTU memperkenalkan SAP High Impact Industry, Alumni & Community Engagement (HIACE). Kedua-dua unit ini bertanggungjawab memperkasakan kecemerlangan akademia serta rakan-rakan strategik iaitu rakan industri, komuniti dan alumni.

Teras Strategik 3: Value-driven Performance yang memfokuskan pembangunan kapasiti dan kompetensi warga (pelajar, akademia, staf pentadbiran, dan staf sokongan) serta Kampus Hijau pula dilaksanakan oleh empat pihak tanggungwab (PTJ) iaitu Pejabat Pentadbiran, Pejabat Bendahari, Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) dan Unit Pengurusan Kualiti (UPK). Semua empat PTJ tersebut masing-masing menawarkan satu SAP 2024, iaitu Madani-Smart Community Campus (MSCC); Creating Cash Flow Project 1.0 (CreCash 1.0); Smart and Lively Green Campus; dan Cultivating Quality Management Excellence and Innovative Staff (CQ-MEIS).

Semua 15 SAP tersebut akan dilaksanakan secara kerjasama pintar antara PTJ dan Pelaksana Utama di Peringkat Kolej, Fakulti dan Pusat Pengajian. UiTMCP menerusi inisiatif Bendahari serta kerjasama semua PTJ akan memastikan kejayaan pelaksanaan kesemua 15 SAP tersebut yang disokong dana pembiayaan yang sewajarnya. Kos bukanlah sebagai penghalang tetapi yang lebih terutama adalah kreativiti dan inovasi yang dipacu oleh pendekatan Kampus Lestari Pintar.

UiTMCP juga akan menyebar luas penghasilan 15 SAP tersebut dengan inisiatif penerbitan Buku SAP 2024. Inisiatif ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat strategik dan pelan strategik atau SAP 2024 yang bakal dilaksanakan secara kolektif dan meluas. Maka, penerbitan ini akan meningkatkan kebersamaan warga UiTMCP untuk sinergi mendukung hala tuju strategik UiTM merealisasikan GRU2025, menerusi pencapaian terhadap sasaran semua PI yang ditetapkan.

Secara keseluruhannya, Bengkel Perancangan Strategik 2024 telah berlangsung dengan jayanya dengan menghasilkan 15 SAP yang berpaksikan Model Kampus Lestari Pintar UiTMCP 2025. Penerbitan dan sebar luas Buku SAP 2024 dijangkakan berupaya melonjakkan reputasi kecemerlangan UiTMCP terutamanya menjadi Globally Respected University 2024. Peringkat seterusnya adalah memastikan pelan-pelan strategik yang digariskan tersebut dapat dilaksanakan dengan strategi berkesan, kreatif dan inovatif untuk manfaat semua warga dan seterusnya merealisasikan UiTM sebagai Globally Renowned University 2025 (GRU2025).