UiTM Cawangan Kelantan Johan (Kategori Drumline Battle) Bagi Pertandingan Percussion UiTM Se-Malaysia 2023

REMBAU, 28 Ogos 2023 – Kokurikulum Kesatria Brass Band X Vilolet Master Crew (VMC), UiTM Cawangan Kelantan telah mendapat JOHAN (KATEGORI DRUMLINE BATTLE) bagi Pertandingan Percussion UiTM Se-Malaysia pada 22 – 26 Ogos 2023 yang diiringi oleh Haziqah Ab Halim, Penyelaras Kokurikulum Kesatria Brass Band merangkap Penasihat Violet Master Crew (VMC). Pertandingan ini disertai tiga (3) Kampus UiTM iaitu UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau mewakili tuan rumah, UiTM Cawangan Kelantan dan UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Pertama kali mendapat Johan bagi Kategori Drumline Battle. Seramai 14 orang pelajar dari Komander Kesatria Brass Band dan juga Persatuan Violet Master Crew (VMC) menyertai pertandingan tersebut. Tema kali ini yang kami pilih adalah tema sukan iaitu sukan Softball. Dengan kepakaran jurulatih jemputan iaitu Shamsulzaman Shamsudin (instructor) yang memang pakar dalam bidang percussion ini.

Terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor dan Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan kerana turut hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut. Tidak lupa juga kepada Khairul Anuar Ab Hamid (Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum) dan juga Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Kelantan yang banyak membantu dalam merealisasikan program ini.