Tropical Run 2023 Kampus Puncak Alam

PUNCAK ALAM, 23 Jun 2023 – Pada 10 Jun 2023 bertempat di kawasan parkir bersebelahan dengan bangunan Fakulti Sains Kesihatan 2,3,4 UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, telah dijalankan Program Tropical Run 2023. Program ini adalah terbuka kepada semua pelajar dan orang ramai. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Angsana dan program tersebut turut disertai oleh barisan Staf Residen Kolej (SRK), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Unit Kesihatan (UK) yang turut memberi perkhidmatan ambulans serta pertolongan dan Unit Polis Bantuan UiTM bagi kawalan trafik. Program ini juga turut melibatkan kolej-kolej kediaman Casuarina, Kolej Rafflesia, Kolej Dahlia, Kolej Zamrud Baiduri sebagai Rakan Strategik. Pihak Bank Rakyat juga turut sudi memberi sumbangan berbentuk woven beg kepada 200 orang peserta terawal yang tiba di garisan penamat.

Tujuan program tersebut dijalankan adalah untuk menjadikan mahasiswa sehat dalam kampus. Larian sejauh 5KM ini telah memberi kesan positif kepada fizikal dan mental para pelajar yang menyertainya. Selain itu, pelajar juga dapat berkenalan di antara satu sama lain dengan keterlibatan penyertaan dari seluruh kolej kediaman Kampus Puncak Alam ini. Pihak penganjur dari kalangan pelajar (JPK) juga turut mendapat impak yang positif sepanjang pengendalian program. Program yang dijalankan ini juga adalah turut bertujuan bagi sambutanHari Alam Sekitar Sedunia yang jatuh pada 5 Jun 2023.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta dan diikuti dengan senamrobik dan acara zumba. Acara pelepasan larian dimulakan tepat jam 8.30 pagi dan laluan larian adalah di dalam kampus sahaja. Kawalan lalulintas oleh pasukan Polis Bantuan UiTM sepanjang acara larian tersebut menjadikan program berjalan dengan baik dan lancer. Pihak Unit Kesihatan juga turut menyediakan kenderaan Ambulan bertujuan memberi rawatan dan bantuan kecemasan yang segera kepada mana-mana peserta yang mengalami kecederaan. Pelari terakhir dapat menghabiskan larian beliau pada jam 10.30 pagi. Semua peserta telah menerima hadiah medal dan sijil penyertaan di garisan penamat.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, Profesor Madya Dr. Badrul Isa dan diiringi oleh Pengetua Kolej Angsana Casuarina, Encik Irwan Zakaria. Dengan usaha yang dilakukan ini, diharapkan 517 peserta yang terdiri daripada pelajar serta orang awam yang hadir ini dapat menjadikan program ini sebagai program yang berimpak kepada mereka disamping kesemua peserta diberikan e-merit sebagai bekalan mereka untuk kemasukan kolej ke semester akan datang.