Tokoh Akademik Fakulti Sains Kesihatan, UiTM 2023

Pada tanggal 6 Mac 2023, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah mengadakan  Majlis Anugerah Kualiti 2023 (MAK2023). Majlis ini juga bersempena dengan Sambutan FSK ke 20 Tahun. Majlis ini telah diadakan di Dewan Seminar FSK, Aras 8, Bangunan FSK 6, UiTM Puncak Alam, Selangor, bertemakan Mystique Masquerade. Pada hari yang gilang gemilang ini lima ketogeri pertandingan telah diadakan seperti:

  1. Kategori HEA seperti Tokoh Akademik, Tokoh Akademik Harapan, Pengajaran Terbaik, Penceramah terbaik, Penyelia terbaik dan lain-lain.
  2. Kategori HEP-PJI seperti Program HEP terbaik, Inovasi & Pengkomersilan Produk, Penerbitan Makalah Journal Berimpak Tinggi dan lain-lain
  3. Katogeri Pengurusan, seperti Staff Terbaik Katogeri U, C, Ikon sukan dan lain-lain dan
  4. pertandingan Montaj Korporat FSK

Majlis ini telah di rasmikan oleh Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, bersama Profesor Dr. Zulkhairi Hj. Amom selaku Dekan Fakulti Sains Kesihatan. Program ini telah di anjurkan oleh Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan, FSK dan dihadiri seramai lebih kurang 250 perserta yang terdiri daripada kakitangan akademik, kakitangan pengurusan dan kakitangan sokongan FSK.

 

Pada majlis ini, Profesor Madya Dr. Akehsan Dahlan telah memenangi Anugerah Tokoh Akademik bagi Fakulti Sains Kesihatan pada tahun 2023. Disamping itu juga beliau telah memenangi Anugerah Penyelia Terbaik 2023.  Profesor Madya Dr. Akehsan Dahlan telah terlibat secara aktif dalam kejayaan program-program dan aktiviti-aktiviti di FSK sejak awal penubuhannya di bawah Fakulti Sains Gunaan pada tahun 1997. Sumbangannya amat berkesan dan penting dalam pembangunan dan kemajuan pelbagai inisiatif akademik, termasuk menjadi pemimpin dalam projek penyelidikan, menjadi mentor kepada pelajar, dan memupuk kerjasama antara disiplin ilmu yang berbeza. Tambahan pula, beliau telah menunjukkan komitmen yang teguh dalam penglibatan dengan komuniti, dengan menganjurkan program-program luaran dan inisiatif yang merapatkan jurang antara akademia dan masyarakat.

Beliau juga merupakan pakar dalam bidang pemulihan untuk warga emas dan pakar rujuk mengenai pemulihan kognitif bagi warga emas di peringkat kebangsaan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Bersama-sama dengan kaki tangan FSK yang lain, beliau telah berjaya mengukuhkan dan meningkatkan program-program di bawah FSK sehingga diiktiraf oleh badan-badan professional dan organisasi di Malaysia dan di luar negara selari dengan amat Amanat Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin – yang mahukan program di UiTM sebagai Globally Renowned Locally Rooted menjelang 2025.

Pemenang-pemenang anugerah kualiti ini telah menerima sijil dan piala. Majlis tersebut telah di tamatkan jam 1.00 tengahari dengan harapan para pemenang akan dapat meneruskan usaha dan kecemerlangan demi kejayaaan FSK dimasa hadapan.