Pengajaran Kolaboratif Bersama Industri Bagi Kursus INS200: Product Knowledge And Entrepreneur Opportunity

Kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan pihak industri memang merupakan strategi yang sangat berharga dalam meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Melalui kolaborasi ini, kedua-dua pihak dapat memperoleh manfaat yang signifikan, tidak hanya dalam konteks pembelajaran teoretikal, tetapi juga dalam aspek praktikal dan aplikatif.

Justeru, satu sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara kolaboratif (Collaborative Teaching Session) bersama pihak industri telah dianjurkan pada, Isnin, 8 Januari 2024 dan dilaksanakan secara maya. Program kolaborasi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang proses insurans, memupuk minat terhadap bidang insurans, peluang pekerjaan dalam bidang insurans serta memperkasa pengetahuan pelajar tentang perkembangan semasa industri insurans di Malaysia.

Program ini telah dihadiri seramai lebih kurang 288 orang pelajar dan 3 orang pensyarah yang mengajar kod kursus INS200 di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub. Program dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Lecturer In Charge untuk subjek INS200, Pn. Noor Junaini Arwin Yaacob yang mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar dan pensyarah yang hadir serta mengalukan panel industri yang sangat berpengalaman dan antaranya merupakan bekas pelajar Insurans di UiTM Cawangan Melaka iaitu En. Mohamad Haidi Bin Mohd Shaharuddin selaku Pengarah Urusan, MHG Corporate Holdings Sdn. Bhd.

Program yang bermula pada 8.00 malam ini telah berakhir pada jam 10.30 malam di gunapakai secara penuh dimana di antara pengisian dalam program ini ialah mengenai produk-produk yang ada di dalam pasaran insurans di Malaysia. Panel juga menerangkan secara terperinci mengenai produk Takaful yang mengungguli pasaran di Malaysia pada masa kini. Panel juga menerangkan peluang pekerjaan yang bakal diperolehi oleh pelajar-pelajar sekiranya mereka berminat untuk menyertai bidang Insurans di Malaysia.

Secara keseluruhannya, keberhasilan program yang memadukan sinergi antara pensyarah dan pengamal industri, terutama dalam konteks industri pembinaan, menunjukkan sebuah model yang efektif dalam memperkaya proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Ini membuktikan bahawa kolaborasi antara dunia akademik dan industri dapat menghasilkan manfaat yang signifikan, tidak hanya bagi pelajar tetapi juga bagi pensyarah dan industri itu sendiri.