Tiga wakil ILD perkuat skuad Negeri Sembilan juarai kejohanan Tenpin Boling Piala Naib Canselor

KUALA LUMPUR – UiTM Cawangan Negeri Sembilan menggungguli Kejohanan Tenpin Boling Piala Naib Canselor UiTM 2023 selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi edisi kali ini. Mereka muncul juara keseluruhan selepas mengutip lima pingat emas, tiga pingat perak dan satu pingat gangsa dengan wakilnya, Razif Sazali menjadi antara atlet paling menyerlah apabila membolot semua lima pingat emas dipertandingkan.

UiTM Shah Alam memberi saingan sengit namun terpaksa akur selaku naib juara apabila turut meraih lima pingat emas namun hanya dibezakan dengan jumlah pungutan pingat perak iaitu satu selain dua pingat gangsa. Tempat ketiga menjadi milik UiTM Cawangan Selangor manakala tempat keempat dimenangi UiTM Cawangan Perak.

Sebagai rekod, sebanyak lima acara dipertandingkan bagi kejohanan anjuran staf UiTM Cawangan Kelantan dan Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan UiTM (PSKK) itu. Lima acara terbabit adalah perseorangan, beregu, pasukan, all event dan master bagi kategori lelaki dan wanita.

UiTM dalam satu kenyataan menjelaskan kejohanan tahunan ini bertujuan bagi mengeratkan silaturahim di antara warga UiTM di seluruh kampus.

link pautan: https://api.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/11/1176420/uitm-negeri-sembilan-juara-tenpin-boling-piala-naib-canselor